Pertanyaan Lazim

Pertenyaan yang sering ditanya tentang servis repair atap bocor

Atap bocor biasanya berpunca daripada genting pecah, rabung retak, atau lapisan kalis air yang telah rosak. Di kawasan Kuala Lumpur dan Selangor, hujan lebat dan cuaca panas mempercepatkan kerosakan ini. Pemeriksaan oleh kontraktor atap diperlukan untuk kenal pasti punca sebenar sebelum kerja pembaikan dilakukan.

Kos repair atap bocor bergantung kepada tahap kerosakan dan jenis atap. Biasanya harga ditentukan selepas pemeriksaan tapak bagi memastikan punca masalah dikenal pasti dengan tepat. Sebutharga yang jelas akan diberikan berdasarkan skop kerja tanpa caj tersembunyi.

Tidak semua masalah memerlukan penukaran atap. Jika kerosakan kecil seperti genting pecah atau kebocoran di bahagian tertentu, kerja repair sudah mencukupi. Namun, jika struktur atap telah uzur, penukaran mungkin diperlukan untuk jangka panjang.

Tempoh pembaikan bergantung kepada tahap kerosakan dan cuaca. Kebiasaannya kerja repair atap bocor boleh siap dalam masa 1 hingga 3 hari. Untuk kes lebih kompleks, masa mungkin lebih panjang bergantung kepada keadaan sebenar di tapak.

Waterproofing atap adalah proses melapisi permukaan atap dengan bahan kalis air untuk mengelakkan kebocoran. Ia sesuai untuk bumbung konkrit atau kawasan yang sering mengalami masalah air meresap.

Punca sebenar hanya boleh dikenal pasti melalui pemeriksaan fizikal di atas bumbung. Air yang menitis di siling tidak semestinya datang dari kawasan yang sama, jadi pemeriksaan teliti oleh kontraktor atap sangat penting.

Kebanyakan kontraktor atap menyediakan waranti untuk bahagian yang dibaiki. Tempoh waranti bergantung kepada jenis kerja dan bahan yang digunakan. Pastikan anda mendapatkan maklumat waranti sebelum kerja dijalankan.

Tidak digalakkan. Pembaikan yang berkesan memerlukan pemeriksaan terus di atas atap bagi memastikan punca kebocoran dikenal pasti dengan tepat dan bukan sekadar anggaran.

Servis repair atap bocor meliputi seluruh Kuala Lumpur, Lembah Klang dan Selangor termasuk Petaling Jaya, Shah Alam, Klang, Subang Jaya, Puchong, Ampang, Cheras, Kajang, Bangi, Seri Kembangan, Setia Alam, Sungai Buloh, Rawang, Gombak, Kepong, Selayang, Damansara, Cyberjaya, Putrajaya, Dengkil, Banting, Sepang, Hulu Langat, Kuala Langat, Kuala Selangor dan kawasan sekitarnya.

Kami menyediakan perkhidmatan kontraktor atap dengan respon yang cepat bagi memastikan masalah kebocoran dapat diselesaikan dengan efisien di seluruh kawasan ini.

Sebaiknya sebelum musim hujan atau sebaik sahaja tanda kebocoran dikesan. Menangguhkan pembaikan boleh menyebabkan kerosakan lebih teruk seperti siling runtuh atau struktur kayu rosak.

Kebocoran yang tidak dibaiki boleh menyebabkan kerosakan siling, pendawaian elektrik, kulat dan struktur rumah. Ini akan meningkatkan kos pembaikan pada masa akan datang.

Pilih kontraktor atap yang berdaftar, berpengalaman dan memberikan sebutharga yang jelas. Elakkan memilih hanya berdasarkan harga murah tanpa pemeriksaan yang betul.

Bantuan

Hubungi Kami Untuk Pemeriksaan Atap

Jika anda menghadapi masalah atap bocor, genting rosak atau memerlukan servis waterproofing atap di Kuala Lumpur dan Selangor, hubungi Primex Jaya Bina Solutions (JR0188646-T) untuk pemeriksaan dan sebutharga.